Skip to main content

Tempus Fugit

Tempus Fugit - Hi friends, I hope you are all in good healthtechnology , In the article you are reading this time with the title Tempus Fugit, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Artikel Sekadar nak mengomel ;), Artikel Word Mania, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Tempus Fugit
link : Tempus Fugit

read also


Tempus Fugit

Assalamu'alaikum. 
Seperti biasa, timbul tenggelam timbul tenggelam dan  buat kesekian kalinya saya timbul kembali di blog ni. Rindu betul akan tower sunyi sepi saya ni. Hendak buat macam mana, banyak benar urusan di luar yang perlu dilunaskan. 

Entri terakhir saya 12 September. Rasanya macam tak adalah lama sangat saya tinggalkan blog. Entri draf pun makin lama makin bertambah. Tak dan nak publish. Tahu-tahu dah 20 September! Baki 10 hari je lagi untuk bulan ini.  Alahai, tempus fugit


Tempus fugit ini merupakan istilah latin yang bermaksud masa berlalu begitu pantas. Dah lama tak guna. Dahulu semasa belajar, tahulah sedikit sebanyak istilah latin dan singkatan  (abbreviation) yang diambil dari bahasa latin. Sekarang 'wes tuek' [ baca: sudah tua ;) ], dah tak ingat sangat dah. Otak dah berkarat. Tetapi, dalam karat-karat tu, tempus fugit memang tak saya tak lupa. Personally, saya macam fascinate dengan phrase yang satu ini. Setiap kali tak menyempat siapkan assignment, bukan main lagi guna alasan tempus fugit. Hahaha! Bukan laku pun!




Tetapi, betul kan? Setuju tak jika saya kata yang masa sekarang terlalu cepat berlalu? Sangat cepat. Tak terkejar sebenarnya. Dari satu minggu ke satu minggu, tak jauh jarak. Rasa macam baru lagi hari Jumaat. Esok dah nak jumpa satu lagi Jumaat. Ada sesuatu yang perlu direnungkan. Kredit untuk MinangBertauhid.



Akhir-akhir ini saya memang sibuk. 
Sibuk dengan projek kraf. Ada beberapa tempahan kad (terutamanya kad tahniah untuk perkahwinan dan kad hari lahir) yang perlu saya siapkan. Setiap satu kad dambakan ketelitian dan kesabaran saya huhuhu.

Sibuk dengan projek Lelaki Langit Bumi. Alhamdulillah, we are now at 27k views. Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi baca. Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, Novel LLB bukan sekadar muat naik bab demi bab di Portal Ilham sahaja. Ada pula kerja-kerja sampingan + analisis + edit yang perlu dibuat. Yang ini tidak perlu hurai lanjut,...bosan kalian nanti.

Sibuk hendak berpindah rumah. Ni paling tak suka. Huhuhuhu. Malasnya nak mengemas! Tetapi transisi perpindahan saya akan berlangsung dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ni. Jadi, sedap-sedapkan hati je... konon lama lagi ;)

Dalam sibuk-sibuk tu, rindu pula nak berukhuwah dengan kawan-kawan blogger. Nanti jangan lupa tinggal jejak di ruangan komen. Saya nak blogwalking hujung minggu ini, insya-Allah.



That's the article Tempus Fugit

That's it for the article Tempus Fugit this time, hopefully can be useful for all of you. okay, see you in another article post.

You are now reading the article Tempus Fugit with link address https://technologywordsonline.blogspot.com/2018/09/tempus-fugit.html
Comment Policy: Please write your comments that match the topic of this page post. Comments containing links will not be displayed until they are approved.
Open Comments
Close Comment