Skip to main content

Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly

Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly - Hi friends, I hope you are all in good healthtechnology , In the article you are reading this time with the title Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Artikel Handmade Greeting Cards, Artikel Kraf Kertas, Artikel Material & Peralatan Kraf, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly
link : Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly

read also


Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly

Sebelum ini saya ada buat entri tentang sebahagian daripada kad yang saya hasilkan bertema Hot Air Balloon. Kali ini, saya nak tunjuk kad-kad dengan tema butterfly pula. Hiasan dan tema butterfly sesuai untuk buat kad hari lahir, kad good luck, kad terima kasih dan macam-macam lagi. Boleh buat kad untuk kanak-kanak (something playful and fun), boleh juga untuk orang dewasa tetapi rekaannya kena lebih sweet and elegant.


A 'Just Because' Card

Kad di bawah ini bukan final look. Gambar diambil ketika baru separa siap. This is a 'Just Because' card. Gabungan tiga warna; hitam, emas dan putih.


Tiga ekor butterfly tu die-cuts. Saya potong menggunakan die butterfly kegemaran saya yang dibeli melalui Lazada tahun lepas. Baca mengenainya di sini. Bahagian tengah bukaan kad pula (jalur hitam tempat saya tampal butterfly) dikemaskan dengan decorative border punch

Jika tiada border punch, boleh juga guna gunting kraf bercorak. Mana nak dapat? Mr. DIY, DAISO, POPULAR dan kedai alat tulis kebanyakannya ada. Cuma julat harga dan jenis gunting yang berbeza-beza. Kemasan akhir buat kad di atas, saya tampal dengan tulisan sentimen 'Just Because' berwarna emas di bahagian bawah kanan kad.



A Good Luck Card

Latar atau base kad Good Luck ini ialah kertas polka dots kuning dan putih. Somehow, saya rasa warnanya kurang menyerlah. Jadi, kena cari sesuatu yang cheerful untuk hiasan utama kad. Rama-rama berterbangan di atas saya hasilkan dengan set stensil POPULAR. Lihat produk berkenaan di sini. Saya warna menggunakan ink pad kuning, merah dan ungu. Nak ada elemen pelangilah konon-kononnya. Sentiman 'It's Your Time to Shine', saya pakai rub on stickers.



A Thank You Card

Kad ini saya buat untuk diberi pada Kak Azimah, rakan kerja Cekengah yang kerap belanja dan ingat saya. Semasa buat kad ini memang mood saya hasilkan kad tema hitam putih sahaja. Heheheh.


Lukisan butterfly pada latar kad saya guna decorative tape. Kemudian, potongan bulat-bulat tu, saya guna circle dies and my Diamond Press Tool. Baca lanjut mengenainya di sini dan di sini. Tak ketinggalan, washi tapes, adhesive diamentes dan butterfly die-cut seperti yang saya mentioned di atas. Akhir sekali, sentimen 'thanks' dari foam hitam berkilat. 



A Best Wishes Impossible Card

Ini pula impossible card. Apa yang dimaksudkan dengan impossible card, boleh ketahui lebih lanjut di sini Untuk kad di bawah, saya pilih warna light pink and gold. Kertas dan hiasan yang digunakan adalah dari pek kertas yang sama. Jadi, tak sukarlah nak padankan elemen-elemen kad agar bersesuaian antara satu sama lain.




Macam mana? Dapat idea tak bagaimana nak buat kad dengan tema rama-rama? Jika susah nak dapatkan sebahagian daripada bahan atau peralatan di atas, kalian boleh juga consider untuk beli pelekat rama-rama atau guna craft punch rama-rama. Nak buat rama-rama 3D pun boleh. Cuba tutorial origami rama-rama ni.


#famftowercrafts



That's the article Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly

That's it for the article Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly this time, hopefully can be useful for all of you. okay, see you in another article post.

You are now reading the article Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly with link address https://technologywordsonline.blogspot.com/2019/01/kad-ucapan-tema-rama-rama-butterfly.html
Comment Policy: Please write your comments that match the topic of this page post. Comments containing links will not be displayed until they are approved.
Open Comments
Close Comment