Skip to main content

One man's trash,..

One man's trash,.. - Hi friends, I hope you are all in good healthtechnology , In the article you are reading this time with the title One man's trash,.., We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Artikel Go Green with FAMF, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : One man's trash,..
link : One man's trash,..

read also


One man's trash,..


...is another man's treasure!

One man's trash is another man's treasure. Haaa, pernah dengar tak? Samalah juga macam one man's meat is another man's poison. Maknanya kalau sesuatu itu dianggap sebagai sampah atau tidak berharga bagi seseorang, mungkin ada individu lain bertanggapan sebaliknya (yang menganggap benda tu bernilai). Jika sesuatu jadi kesukaan seseorang, mungkin jadi kebencian (racun) buat orang lain. Yelah, cita rasa kita kan berbeza-beza.

Saja je nak kongsi dua english expressions di atas. Tengah kemas botol-botol terpakai sebenarnya. Saya rajin kitar semula tetapi botol-botol plastik lazimnya saya asingkan dan beri pada orang lain. Jika nak dihimpun semuanya di rumah, makan ruang. Kalau kertas dan kotak lebih mudah untuk kita stack berbanding botol-botol plastik.

Apa yang saya lakukan ialah saya kumpul botol-botol di dalam bakul. Penuh je bakul, Bott akan masukkan kesemuanya ke dalam plastik hitam dan letak di tepi tong sampah. Tak campur dengan sampah lain tau. Satu plastik hitam tu memang botol-botol sahaja. Di kawasan rumah saya, selalu ada orang yang kumpul botol-botol ni untuk dijual. Pekerja lori sampah pun rajin asingkan. Jadi, tidak perlulah mereka selongkar sampah semata-mata nak keluarkan botol. Satu plastik tu memang boleh terus diangkut tanpa ragu. 

Tidakpun, buat seperti Bott. Kadang-kadang, botol-botol ni dia masukkan dalam bonet kereta. Nanti, apabila terserempak dengan orang yang tengah cari barang-barang untuk recycle di tong-tong sampah besar, dia akan turun kereta dan beri pada mereka. Tak sampai hati tengok mereka tertonggeng-tonggeng dekat tong sampah. Ada yang warga tua, ada yang kudung dan hidup gelandangan. Bila dapat satu plastik besar, punyalah bercahaya muka! Tak dapat tolong banyak, tolong buat mereka senyum lebar pun OK kan?

Jom kita kitar semula. Pilihlah mana-mana cara yang convenient. Janji, kita cuba uruskan sampah-sarap kita dengan bijak. Mana boleh recycle, kita recycle. Budaya ni kena perlahan-lahan terap dalam diri. 

Bukan itu sahaja, kalau tak kitar semula, kita boleh guna semula. Sekarang dah ada banyak idea untuk buat DIY menggunakan bahan terpakai atau terbuang. Jimat pun jimat! Tandus idea? Cari je kat Pinterest. Macam-macam ada!


Intai idea DIY bahan terpakai di bawah:


Ingin mulakan gaya hidup hijau dan kurangkan penggunaan plastik? Baca artikel saya di bawah:



Let's Go Green!





Bagi yang suka baca novel online, baca Lelaki Langit Bumi (LLB) (klik pada banner di atas) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab Lelaki Langit Bumi (LLB). Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dan menjadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak.

#lelakilangitbumi #NovelLLB #girangfashali


That's the article One man's trash,..

That's it for the article One man's trash,.. this time, hopefully can be useful for all of you. okay, see you in another article post.

You are now reading the article One man's trash,.. with link address https://technologywordsonline.blogspot.com/2018/07/one-man-trash.html
Comment Policy: Please write your comments that match the topic of this page post. Comments containing links will not be displayed until they are approved.
Open Comments
Close Comment