Resepi Tapai Goreng
Written on: Januari 17, 2018
Resepi Tapai Goreng - Hi friends, I hope you are all in good healthtechnology , In the article you are reading this time with the title Resepi Tapai Goreng , We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post
Artikel From Kitchen to Tummy,
Artikel Kuih-muih, what we write you can understand. ok, happy reading.
Title : Resepi Tapai Goreng
link : Resepi Tapai Goreng
You are now reading the article Resepi Tapai Goreng with link address https://technologywordsonline.blogspot.com/2018/01/resepi-tapai-goreng.html
Title : Resepi Tapai Goreng
link : Resepi Tapai Goreng
Resepi Tapai Goreng
Siapa suka makan tapai? Pernah makan tapai goreng atau tidak? Saya memang suka makan tapai. Tidak kiralah tapai apa. Tapai ubi kayu ke, tapai pulut ke ... kedua-duanya saya gemar. Cuma sekarang lebih cenderung makan tapai ubi berbanding pulut sebab tidak suka yang manis sangat. Selain daripada makan begitu sahaja, saya juga paling suka kalau waktu cuaca panas terik dapat nikmati semangkuk cendol tapai pulut. Lagi satu, makan tapai ubi dengan aiskrim. Yummeh! Tak pasal-pasal terliur sendiri sambil menulis entri ini.
Tetapi, tapai goreng memang saya tidak berpeluang rasa langsung sebelum ini. Biasa dengar dan baca mengenai tapai goreng. Tapai goreng ni popular di sekitar Pantai Timur. Dekat KL memang susah sedikitlah nak jumpa. Dah lama teringin nak buat. Masalahnya setiap kali saya beli tapai, tak sempat nak goreng. Tahu-tahu habis! Jadi, baru-baru ini memang sengaja beli tapai ubi kayu extra. Separuh diasingkan siap-siap untuk dibuat tapai goreng.
Percubaan Pertama Buat Tapai Goreng
Inilah tapai goreng percubaan kali pertama saya. Resepi ini saya olah sendiri. Ada macam-macam versi resepi tapai goreng - ada yang guna tepung beras sahaja, ada yang guna kapur makan. Saya buat bater adunan yang paling mudah, kemudian letak hirisan daun sup untuk aroma dan rasa yang lebih umphhh!
![]() |
| Tapai ubi goreng |
Resepi Tapai Goreng Mudah Versi FAMF Tower
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tapai ubi kayu secukupnya
- Tepung gandum*
- Tepung beras*
- Air secukupnya untuk membuat bater
- Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning
- Hirisan daun sup
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
Untuk kedua-dua tepung (*) ini saya guna nisbah 2:1. Dua bahagian tepung gandum kepada satu bahagian tepung beras. Misalnya, jika guna 4 sudu tepung gandum, tepung beras 2 sudu. Satu cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung beras. Agak-agaklah ya nak buat bater adunan banyak mana bergantung kepada tapai yang kita ada.
Selain itu, boleh juga guna nisbah 1:1. Atau lebihkan tepung beras berbanding tepung gandum. Terserah selera masing-masing.
Langkah Penyediaan:
- Bancuh tepung gandum, tepung beras dengan air sehingga menjadi adunan bater untuk menggoreng. Tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam dan hirisan daun sup. Kemudian, kacau bater sehingga semuanya sekata.
- Panaskan minyak masak. Celup ubi ke dalam bater adunan dan goreng sehingga warna bertukar kekuningan.
- Angkat. Tus minyak. Sedia untuk dihidangkan. Nikmati dengan senyuman. 😃
Selamat mencuba!
That's the article Resepi Tapai Goreng
That's it for the article Resepi Tapai Goreng this time, hopefully can be useful for all of you. okay, see you in another article post.
You are now reading the article Resepi Tapai Goreng with link address https://technologywordsonline.blogspot.com/2018/01/resepi-tapai-goreng.html

